Hibah (Pemberian)

 

cropped-poj2.jpg

Hibah bermaksud pemberian semasa hidup sesuatu harta alih atau tidak alih kepada penerima hibah secara rela hati di atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengharapkan balasan. Manakala dari segi syarak, Hibah adalah “memberi milik sesuatu barang kepada seseorang yang mana barang itu sah untuk dijual atau di beri hutang, oleh ahli tabarru’ dengan tidak adanya sebarang tukaran atau pembalasan” –Sharbini, Mughni al-Muhtaj p.98.

Terdapat perbezaan antara hibah, sedekah dan hadiah. Memberi milik tanpa balasan dinamakan hibah, sekiranya memberi milik kerana mengharapkan pahala akhirat dinamakan sedekah, dan sekiranya dipindahkan kepada yang menerima hibah sebagai memuliakannya maka dinamakan hadiah.

Apa yang dapat dirumuskan, hibah ialah suatu aqad/kontrak yang dapat memindah milik sesuatu tanpa perlu menukar ganti yang dibuat semasa hidup secara sukarela. Namun berkait rapat dengan sedekah dan hadiah.

Hibah adalah suatu amalan yg sunat (digalakkan), lebih-lebih lagi kpd kaum kerabat terdekat

Terdapat 4 rukun hibah iaitu:

  1. Pemberi Hibah (wahib)
  2. Penerima Hibah (Mawhub lahu)
  3. Sighah (ijab dan qabul)
  4. Barang yang dihibahkan (Mawhub)

Syarat Pemberi Hibah:

  • Pemilik mutlak barang
  • Waras
  • Baligh
  • Berakal
  • Merdeka
  • Tidak di bawah paksaan,ugutan, penipuan atau pengaruh tidak berpatutan
  • Tidak ditegah daripada menguruskan harta
  • Ahli tabarru’ (berkemampuan mentadbir harta)
  • Sukarela

Syarat Penerima Hibah:

  • Tiada syarat khusus kepada penerima hibah
  • Meskipun ada disyaratkan penerima itu mestilah seseorang yg berkeahlian untuk menguruskan harta, tetapi hal ini boleh diatasi dengan melantik pemegang amanah
  • Penerima org gila, cacat akal, kanak2, berbeza agama tidak mencacatkan kontrak hibah

Sighah (Ijab dan Qabul)

Lafaz ijab boleh dilakukan samada dengan lafaz yang jelas dan nyata seperti contoh, “aku berikan barang ini kepadamu”. Atau dengan cara kiasan atau kinayah, seperti contoh, “aku sedia jadikan barang ini hak milik mu”.

Lafaz qabul juga boleh dilakukan secara jelas dan nyata seperti “aku terima” atau “aku rela”. Atau secara kiasan seperti contoh dengan melakukan perkara yang menunjukkan penerimaan seperti penukaran hak milik, mengusahakan tanah dan sebagainya.

hibah2

Penerimaan barang hibah (al-qabd)

Al-Qabd bermaksud mendapat sesuatu, menguasainya dan boleh melakukan tasarruf terhadap barang tersebut. Menurut Mazhab Syafie, akad hibah tidak sempurna dan tidak berkuat kuasa dengan ijab dan qabul semata-mata dan ia perlu kepada al-qabd untuk menyempurnakan sesuatu hibah itu.

Syarat-syarat barang atau harta

  • Wujud ketika proses hibah
  • Halal
  • Bernilai
  • Pemilikan oleh pemberi hibah samada perseorangan atau bersama
  • Boleh dipindah milik
  • Boleh diniagakan

Kesan Hibah

Harta yang telah dihibah akan terkeluar dari harta pusaka. Ini bermaksud harta yang telah dihibah tidak boleh dituntut oleh waris yang lain.

Tiada had tertentu yang disyaratkan dalam pemberian hibah ini. Ia terpulang kepada pemberi hibah membuat pertimbangan yg sewajarnya. Namun adalah sunat menyamaratakan pemberian kepada anak-anak kita.

Jenis-jenis hibah

  1. Hibah al-‘Umra

Al-‘Umra bermaksud pemberian semasa tempoh hidup penerima/pemberi hibah dengan syarat harta tersebut dikembalikan selepas kematian penerima hibah. Ia juga bermaksud pemberian yg bersifat sementara yang merujuk kepada hayat salah seorang sama ada pemberi/penerima. Jika penerima hibah mati maka harta dikembalikan kepada pemberi hibah dan jika pemberi hibah mati maka harta dikembalikan kepada waris-warisnya.

2. Hibah al-Ruqba

Al-Ruqba bermaksud pemberian dengan syarat kematian salah satu pihak sama ada penerima/pemberi hibah sebagai syarat pemilikan kepada salah satu pihak yg hidup. Ia juga bermaksud suatu pemberian bersyarat yg ditentukan oleh pemberi hibah iaitu harta akan menjadi milik penerima hibah jika pemberi hibah mati atau jika penerima hibah mati dulu sebelum pemberi hibah maka harta hibah akan kembali kepada pemberi hibah.

Kesimpulan

Hibah adalah pemberian harta kepada insan tersayang semasa hidup. Ia lebih mudah berbanding pembahagian harta secara faraid.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: