Anggapan Kematian (al-Mafqud)

 

hilang

Al-mafqud merujuk seseorang yang hilang daripada tempat asalnya dalam tempoh yang lama sehingga terputus berita mengenainya dan tidak diketahui sama ada dia masih hidup ataupun sudah meninggal dunia. Ianya sering dibincangkan dalam tajuk pembahagian harta pusaka atau pembubaran perkahwinan.

Dari segi bahasa, al-mafqud bermaksud orang yang hilang.

Dari segi istilah pula, al-mafqud boleh ditakrifkan sebagai orang yang hilang dari tempat asalnya dalam tempoh yang lama sehingga terputus berita mengenainya dan tidak diketahui juga sama ada dia masih hidup ataupun telah meninggal dunia.

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG SYARIAH

Seksyen 80, Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 561) memperuntukkan yang berikut:

Apabila soalnya ialah sama ada seseorang itu   masih hidup atau telah mati, dan dibuktikan   bahawa tiada apa-apa khabar telah didengar   mengenainya selama empat tahun oleh   orang yang sepatutnya mendengar khabar   mengenainya jika dia masih hidup, maka   beban membuktikan yang dia masih hidup   beralih kepada orang yang menegaskannya “.

Diperkukuh dengan seksyen 53(1), Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) yang menyebut bahawa:

jika suami mana-mana perempuan telah tidak didengar perkhabaran mengenainya bagi suatu tempoh empat tahun atau lebih, dan hal keadaan sebegitu hingga dia patut, bagi maksud membolehkan perempuan itu berkahwin semula, dianggap mengikut Hukum Syarak sebagai telah mati, maka Mahkamah boleh, di atas permohonan perempuan itu dan selepas apaapa siasatan yang wajar, mengeluarkan dalam bentuk yang ditetapkan suatu perakuan menganggap kematian suami itu. Seterusnya, Mahkamah Syariah boleh di atas permohonan isteri itu membuat perintah bagi pembubaranperkahwinan atau fasakh.

tukul

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG SIVIL

Kedudukan al-mafqud diperuntukkan di bawah seksyen 108 Akta Keterangan 1950 (Akta 56) yang memperuntukkan yang berikut:

“Apabila soalnya ialah sama ada seseorang itu masih hidup atau telah mati, dan dibuktikan bahawa tiada apa-apa khabar telah didengar mengenainya selama tujuh tahun oleh orang yang sepatutnya mendengar khabar mengenainya jika dia masih hidup, beban membuktikan yang dia masih hidup beralih kepada orang yang menegaskannya”.

Dalam kes In Re Application of Tay Soon Pang; Ex P5, Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zawawi Salleh menegaskan berdasarkan seksyen 108 Akta 56, terdapat dua syarat penting untuk membentuk anggapan kematian.

  • Pertama, hendaklah tiada apa-apa khabar yang telah didengar mengenai al-mafqud selama tujuh tahun dan
  • kedua, ketiadaan khabar itu mestilah dialami oleh orang yang sepatutnya mendengar khabar mengenainya jika dia masih hidup.

Seksyen 18 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) telah menyatakan dengan jelas bahawa kematian tiap-tiap orang yang mati di Malaysia hendaklah didaftarkan kematiannya dengan syarat mayatnya dijumpai. Sehubungan dengan itu, bagi kes individu yang telah diklasifikasikan sebagai telah dianggap mati oleh Mahkamah Tinggi, satu perintah Anggapan Kematian akan dikeluarkan oleh pihak mahkamah.

Bagi kes anggapan kematian, Jabatan ini tidak akan mendaftarkan atau mengeluarkan sijil kematian. Walau bagaimanapun, Jabatan ini hanya akan mengemaskini maklumat individu yang telah dianggap mati oleh Mahkamah Tinggi di dalam sistem JPN. Untuk sebarang urusan berkaitan individu yang telah dianggap mati, waris perlulah menggunakan perintah mahkamah yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi.

mh370

Syariah vs Sivil?

Kuasa mahkamah syariah untuk mengisytiharkan anggapan kematian di bawah seksyen 53(1) Akta 303 terpakai khusus untuk kes “bagi maksud membolehkan perempuan itu berkahwin semula” sahaja.

Seksyen 53(3) Akta 303 kemudiannya menjelaskan bahawa isteri al-mafqud itu tidak berhak berkahwin semula tanpa perakuan yang dikeluarkan di bawah seksyen 53(1) walaupun pengisytiharan anggapan kematian dibuat oleh mahkamah sivil.

Secara tidak langsung undang-undang negeri mengakui bahawa terdapatpertindihan kuasa antara mahkamah sivil dengan mahkamah syariah apabila timbul isu perakuan anggapan kematian al-mafqud.

Yang membezakan antara peruntukan undang-undang sivil dan undang-undang Syariah hanyalah tempoh yang perlu ditunggu oleh waris untuk membentuk anggapan bahawa al-mafqud telah pun mati. Undang-undang sivil, waris perlu menunggu 7 tahun manakala undang-undang syariah, 4 tahun.

Perkara 121 (1A) telah menyatakan dengan jelas bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai kuasa terhadap perkara yang jatuh di bawah bidang kuasa mahkamah syariah.

Perkara yang termasuk dalam bidang kuasa mahkamah syariah dirujuk pada Senarai Kedua (Senarai Negeri), Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Senarai Kedua antara lain menyebut bahawa hal ehwal pengurusan mahkamah syariah, undang-undang diri dan keluargabagi orang yang menganut agama Islam jatuh di bawah bidang kuasanegeri.

Memandangkan status al-mafqud yang beragama Islam berkait dengan undang-undang diri (personal law), khususnya melibatkan soal perkahwinan dan pembahagian harta pusaka, maka sudah jelas bahawa mahkamah syariah sahaja yang mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk memutuskan isu anggapan kematian al-mafqud.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s