Nasib Pendeposit Tabung Haji Terbela atau Tergadai Akibat Manipulasi Rafizi?

rafizi1

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Pandan iaitu YB Rafizi Ramli sekali lagi menimbulkan situasi panik dikalangan pendeposit Tabung Haji (TH) dengan mendakwa pihak TH telah kerugian 62 juta ringgit akibat pelupusan saham miliknya di dalam syarikat Oil&Gas, Perisai Petroleum.

Perlu diingat bahawa TH adalah institusi simpanan pilihan dikalangan orang Islam di Malaysia. Dividen yang diberikan saban tahun adalah antara yang tertinggi dan apa yang paling penting, dividennya telah ditolak zakat. Apabila YB Rafizi mendakwa wang pendeposit rugi, tipulah jika tidak terdetik di hati sedikit kerisauan akan nasib wang kita yang di simpan.

Situasi panik ini telah membuat para pendeposit berbelah bahagi samada mahu menutup akaun TH milik mereka atau membiarkan sahaja simpanan di TH. Sejarah telah membuktikan bahawa tindakan melulu menutup akaun TH telah mendatangkan kerugian kepada pendeposit. Terlajak perahu boleh diundur, tetapi terlajak tindakan melulu, buruk padahnya.

haji2

Terdapat sebuah kisah benar mengenai “orang tua” yang menutup akaun TH miliknya walaupun telah diingatkan oleh petugas kaunter TH akan kesan tindakannya nanti. Tempoh giliran hajinya tidak lama akan tiba. Hanya menanti surat tawaran sahaja dan semua kursus haji telah dihadiri dengan jayanya. Malangnya akibat termakan kata2 “nasihat berguna” dari anak menantu yang merupakan penyokong kuat YB Rafizi, akhirnya tindakan menutup akaun tetap dilaksanakan. Setelah beberapa bulan, kawan sekampung yang berjanji mahu menunaikan haji bersama-sama mendapat surat tawaran sedangkan orang tua itu hanya mampu mengukir senyuman kelat tatkala memikirkan hasrat mahu menunai fardhu haji terkubur walaupun menanti belasan tahun.

Mungkin YB Rafizi tidak memikirkan atau mempedulikan nasib orang awam yang panik akibat pendedahan beliau. Apa yang penting beliau kekal popular antara pemimpin yang memperjuangkan hak rakyat. Sedangkan orang tua itu merintih siang malam menyesal dengan tindakannya. Anak menantu yang memujuk supaya menutup akaun TH senyap seribu bahasa.

TH pula saban tahun dengan jayanya berjaya menguruskan jemaah haji Malaysia dengan sistem yang sangat tersusun. Sehingga hari ini, tidak pernah lagi kedengaran pihak TH tidak mampu menguruskan jemaah haji akibat kekurangan dana disebabkan pelaburan yang merugikan.

Balik kepada isu pendedahan terbaru YB pada 24hb Januari 2017 yang lepas, YB tidak mempertikaikan pelaburan TH dalam syarikat Perisai tetapi hanya menekankan bahawa tindakan TH lambat membuat keputusan menjual sahamnya itu yang dipersalahkan.

Pelaburan TH pula bukan hanya di syarikat tersebut sahaja malahan puluhan lagi. Dan yang paling penting, keuntungan keseluruhan pelaburan TH adalah menguntungkan. Perlu diingat bahawa keuntungan dan kerugian TH dalam sesuatu pelaburan adalah perkara biasa dan semua syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan oil&gas mengalami nasib yang sama. YB perlu berlaku adil dengan menyenaraikan semua syarikat yang mengalami kerugian dan bukannya hanya TH.

haji1

Sepatutnya sekiranya dividen yang diterima sedikit, maka semua pendeposit mempunyai hak untuk bertanya dan TH perlu mengemukakan alasan. Setelah itu, TH perlu melakukan aktiviti perlaburan dengan lebih cermat bagi memaksimumkan pulangan dividen kepada pendeposit. Itu yang sewajarnya dan bukanlah menimbulkan situasi panik dikalangan pendeposit. Ini seolah-olah TH telah melakukan salah yang begitu besar kerana lambat menjual sahamnya. Tindakan YB Rafizi mampu menjahanamkan TH yang merupakan salah satu institusi agama Islam kebanggaan umat Islam di Malaysia.

Janganlah kita yang merosakkan apa yang telah dibina sejak dahulu kerana untuk membangunkan institusi agama Islam seperti TH hingga ke tahap hari ini bukannya mudah. Fikir-fikirkan.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: