Hanya 96 Orang Di Penjara Kerana Gagal Patuhi Perintah Nafkah

Isu pengabaian perintah nafkah kepada anak-anak telah menjadi isu nasional sejak sekian lama. Pihak kerajaan memandang serius perkara ini dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah diamanahkan untuk mencari jalan penyelesaian.

Salah satu usaha yang dibuat adalah menubuhkan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) yang berperanan melaksanakan pengurusan pentadbiran yang berkaitan dengan pengurusan dana serta penguatkuasaan dan pelaksanaan penghakiman atau perintah Mahkamah Syariah.

Antara tindakan penguatkuasaan yang di ambil adalah dengan memenjarakan pihak yang sengaja enggan mematuhi perintah yang telah dikeluarkan. Mengikut rekod, seramai 96 individu telah di penjarakan sejak tahun 2009 hingga sekarang. Bilangan ini adalah meliputi semua 14 buah negeri di Malaysia dengan Terengganu mencatat jumlah tertinggi iaitu 35 orang.

Selain langkah penguatkuasaan yang telah di ambil, sebaran kesedaran tentang kewajipan memberi nafkah perlu diteruskan bagi mengelakkan kes pengabaian nafkah terus berlaku dan menjadi kudis dalam masyarakat. Sedarlah bahawa anak-anak adalah harta warisan yang paling bernilai dianugerahkan oleh Allah Taala.

Sumber Data: JKSM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s