Status Anak Tak Sah Taraf Hasil Perkahwinan Di Luar Negara

Kebelakangan ini, isu anak tidak sah taraf menjadi perbualan hangat dikalangan rakyat Malaysia. Ia bermula apabila mahkamah rayuan membenarkan anak tak sah taraf dibinkan kepada bapanya walaupun dilahirkan kurang 6 bulan qamariah dari tarikh perkahwinan ibubapanya sepertimana digariskan dalam hukum syarak. Mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Malaysia (JPN), anak yang lahir bagi kes... Continue Reading →

Advertisements

Menjawab Status Jelek Asiah Abd Jalil

Individu bernama Asiah Abd Jalil dalam satu status di FB miliknya telah memuat naik satu status yang sangat biadap dengan menyatakan Undang-undang Islam telah ketinggalan zaman berbanding undang-undang sivil. Kenyataan tersebut jelas dilontarkan oleh seorang yang jahil tentang undang-undang Islam sedangkan mahkamah syariah di negara kita sentiasa berusaha menegakkan keadilan selaras dengan hukum syarak. Bagi menjawab status... Continue Reading →

Keputusan Mahkamah Rayuan Belum Muktamad, Masih Ada Peluang Merayu – Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Merujuk kepada polemik terbaru yang tercetus hasil keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan anak luar nikah pasangan beragama Islam untuk tidak lagi menggunakan bin atau binti 'Abdullah', sebaliknya boleh menggunakan nama bapa masing-masing sebagai nama keluarga. Beberapa perkara asas yang harus difahami sebelum kita terlajak membahaskan isu ini hanya sekadar berlandaskan sentimen dan emosi semata-mata.... Continue Reading →

Respon Presiden PPMM Berkaitan Kes Nasab Anak Tak Sah Taraf

Saya merujuk kepada penghakiman Mahkamah Rayuan baru-baru ini  di dalam kes Rayuan No W-01(A)-365-09/2016 (Nama Pihak Perayu dirahsiakan Mahkamah) mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut. Penghakiman Mahkamah Rayuan tersebut  dibuat berdasarkan seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 yang membenarkan pendaftaran anak tak sahtaraf dibinkan kepada... Continue Reading →

Ulasan Berkaitan Kes Nasab Anak Tak Sah Taraf

KUALA LUMPUR 28 Julai 2017: Keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan pasangan Islam menasabkan anak tak sah taraf mereka dibinkan kepada nama bapanya menimbulkan perdebatan hebat di kalangan rakyat Malaysia. Penulis tidak berhasrat untuk membincangkan tentang perbezaan pendapat antara mazhab-mazhab kerana ianya telah banyak dibahaskan secara mendalam. Namun, penulis terpanggil untuk mengulas tentang alasan yang diberikan... Continue Reading →

Tatacara Penceraian Secara Persetujuan Bersama/Secara Baik

Kes cerai secara baik atau cerai dalam Mahkamah boleh dikatakan merupakan jenis kes syariah yang paling banyak difailkan di Mahkamah-Mahkamah Syariah seluruh Malaysia. Kes ini melibatkan pasangan yang masih berkahwin tetapi berniat untuk bercerai, di mana suami dan/atau isteri ingin talaq dilafazkan di dalam Mahkamah. Sememangnya sekiranya ingin bercerai, Enakmen negeri masing-masing mengkehendaki perceraian dibuat... Continue Reading →

Isu Anak Tak Sah Taraf: Pihak Cabar JPN dan Jakim Ada Agenda Tertentu

KUALA LUMPUR 17 Julai –Presiden Persa­tuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang  dalam satu kenyataan kepada Utusan mendakwa terdapat gerakan daripada pihak tertentu yang  berhasrat mencabar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung isu anak tidak sah taraf bagi kes pernikahan pasangan Islam di luar negara. Beliau menjelaskan bahawa sudah ada mekanisme... Continue Reading →

Pasangan Suami Isteri Dikatakan Telefon Hotline Jawi Untuk Tangkap Diri Sendiri – Peguam Syarie

KUALA LUMPUR- Pasangan kontroversi  yang memfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas tuduhan melakukan tangkapan khalwat secara salah terhadap mereka pada Januari 2017, dikatakan telah menghubungi sendiri hotline JAWI bagi membuat aduan kejadian khalwat tersebut. Peguam Syarie yang juga Ahli Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Mohd Iz'aan Azalan berkata, Mohd Ridhuan Giman, 34, dan isterinya, Siti Sarah... Continue Reading →

Powered by WordPress.com.

Up ↑