Kes SIS Difatwakan Sesat: Mahkamah Persekutuan Beri Kebenaran Kepada Jabatan Mufti Selangor Untuk Merayu

YBHG. Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar meluahkan rasa syukur dan gembira di dalam FB miliknya terhadap keputusan yang diberikan oleh Mahkamah Persekutuan yang memberi kebenaran untuk merayu kepada Jabatan Mufti Selangor dan MAIS dalam 5 persoalan undang undang berkaitan cabaran Sisters in Islam (SIS) terhadap kesahihan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor.

Untuk rekod, Sisters in Islam (SIS) yang merupakan sebuah Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah difatwakan sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor pada Julai 2014.

Tersentak dengan keputusan fatwa tersebut, pada Oktober 2014, SIS bersama dua yang lain iaitu Pengasas Bersama SIS, Zainah Mahfoozah Anwar dan bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim telah bertindak memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi membatalkan keputusan fatwa itu.

Seterusnya Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hanipah Farikullah pada Jun 2016 telah memutuskan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai kuasa untuk mendengar kes berkaitan hal agama seperti fatwa. Beliau mengulas bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberikan remedi yang dimohon NGO itu kerana isu fatwa terletak di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.

Susulan itu penolakkan tersebut, SIS kemudiannya telah memfailkan rayuan dan pada Mac 2017, panel tiga hakim rayuan yang diketuai Datuk Tengku Maimun Tuan Mat telah membenarkan rayuan dikemukakan oleh SIS dan sebulat suara membuat keputusan bahawa Mahkamah Tinggi tersilap dalam membenarkan bantahan awal itu. Mahkamah turut mengarahkan merit kes itu didengar di depan hakim Mahkamah Tinggi yang baru.

Jabatan Mufti Selangor kemudiannya merayu ke Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Persekutuan pada 11 Julai 2017 telah memberi kebenaran untuk merayu kepada mereka.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: