Q&A Berkaitan Pindaan RUU Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Kelantan) 2002 (Pindaan 2017)

S: Apakah tujuan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (ETJS) digubal?
J: ETJS digubal bagi menentukan bagaimana sesuatu kes jenayah syariah dikendalikan bermula dari tatacara penerimaan aduan, proses tangkapan, proses pendakwaan, proses rayuan dan proses penghakiman dijalankan.

S: Apakah pindaan yang dibuat oleh DUN Kelantan terhadap enakmen tersebut?
J: Pindaan hanya dibuat dengan menambah beberapa prosedur antaranya membenarkan penggunaan gari dan rakaman video ketika serbuan serta membolehkan hukuman sebat dilaksanakan di khalayak ramai.

S: Sebelum ini hukuman sebat dilaksanakan di mana?
J: Sebelum ini hukuman sebat dilaksanakan di dalam penjara sahaja. Namun kini terpulang kepada hakim syarie samada mahu hukuman dijalankan di penjara atau di khalayak ramai.

S: Mengapa perlu dilaksanakan di khalayak ramai?
J: Sebatan di khalayak ramai telah dilaksanakan pada zaman Rasulullah dan ianya bertujuan menimbulkan rasa malu kepada si penerima hukuman dan bertujuan menimbulkan rasa gerun kepada orang ramai yang melihat.

S: Adakah ianya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan?
J: Tidak sama sekali kerana enakmen tersebut digubal oleh DUN negeri tersebut. Sebarang pindaan boleh dilaksanakan jika mendapat persetujuan Ahli Dewan.

S: Adakah pindaan ini bertentangan dengan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Akta 355?
J: Tidak. Pindaan ini tidak melibatkan pertambahan hukuman dan ianya hanya melibatkan pindaan terhadap tatacara dalam pengendalian kes jenayah syariah.

S: Adakah mahkamah sivil di Malaysia pernah melaksanakan hukuman sebat di khalayak ramai?
J: Ya. Mahkamah Sesyen di Ampang pernah melaksanakan hukuman rotan sebanyak 8 kali terhadap pesalah bawah umur bagi kes rogol hadapan galeri awam pada Jun 2014. Hukuman dilaksanakan secara terbuka dengan rotan halus yang turut disaksikan ibu bapa di bawah Seksyen 293(1)(c) Kanun Tatacara Jenayah. 

S: Apakah semua kesalahan jenayah syariah bakal dikenakan hukuman sebat?
J: Tidak. Hanya beberapa kesalahan sahaja yang dikenakan hukuman sebat antaranya zina, liwat, mukadimah zina dan minum minuman yang memabukkan.

S: Mengapa perlu gari digunakan?
J: Gari hanya digunakan terhadap pesalah yang agresif dan tidak mahu memberi kerjasama. Tidak semua serbuan memerlukan kepada penggunaan gari.

S: Mengapa penggunaan kamera video dibenarkan?
J: Bagi memudahkan proses pendakwaan dijalankan dan ianya mengikut peredaran zaman yang semakin maju. Rakaman boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah nanti.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: