Pasangan Suami Isteri Dikatakan Telefon Hotline Jawi Untuk Tangkap Diri Sendiri – Peguam Syarie

KUALA LUMPUR- Pasangan kontroversi  yang memfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas tuduhan melakukan tangkapan khalwat secara salah terhadap mereka pada Januari 2017, dikatakan telah menghubungi sendiri hotline JAWI bagi membuat aduan kejadian khalwat tersebut.

Peguam Syarie yang juga Ahli Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Mohd Iz’aan Azalan berkata, Mohd Ridhuan Giman, 34, dan isterinya, Siti Sarah Maulad Abdullah, 26, didakwa berbuat demikian sewaktu pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

“Dalam pertuduhan yang dibacakan, pasangan ini telah melakukan kesalahan tersebut kerana telah membuat panggilan ke talian hotline JAWI dan membuat aduan tentang wujudnya pasangan yang sedang berkhalwat, sedangkan pasangan yang diadukan itu adalah pasangan itu sendiri.

“Dengan kata lain, pasangan itu membuat laporan palsu tentang berlakunya jenayah khalwat,” katanya.

Terdahulu, Mohd Ridhuan dan Siti Sarah mendakwa JAWI telah menyalahgunakan kuasa dengan menceroboh hotel yang didiami mereka pada jam 1.30 pagi, 8 Januari lalu.

Dakwaan tersebut telah menyebabkan JAWI menjadi bahan kutukan dan cacian orang ramai termasuk dari pihak bukan Islam yang bersimpati dengan pasangan tersebut.

Dalam insiden itu, Ridhuan memaklumkan isterinya tidak berpakaian lengkap sebelum anggota JAWI menyerbu masuk ke dalam bilik hotel dan berlaku sedikit pergelutan di antara mereka.

17 Februari kemudian, pasangan itu memfailkan saman terhadap JAWI kerana menangkap mereka secara salah dan menceroboh privasi mereka biarpun sudah menunjukkan gambar sijil perkahwinan mereka kepada pegawai JAWI pada hari kejadian.

Mohd Ridhuan dan Siti Sarah dibicarakan mengikut Seksyen 7(c) Akta Kesalahan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan kerana memburukkan imej JAWI.

Jelas Mohd Iz’aan lagi, pasangan itu bagaimanapun belum disabit kesalahan dan perbicaraan itu merupakan hari pertama pasangan itu didakwa di mahkamah.

Sumber: The Reporter

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s