Isu Anak Tak Sah Taraf: Pihak Cabar JPN dan Jakim Ada Agenda Tertentu

KUALA LUMPUR 17 Julai –Presiden Persa­tuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang  dalam satu kenyataan kepada Utusan mendakwa terdapat gerakan daripada pihak tertentu yang  berhasrat mencabar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung isu anak tidak sah taraf bagi kes pernikahan pasangan Islam di luar negara.

Beliau menjelaskan bahawa sudah ada mekanisme yang khusus bagi menyelesaikan isu tersebut di Mahkamah Syariah melalui proses pengesahan nikah.

Setiap pasangan yang bernikah di luar negara mesti mendapatkan pengesahan nikah di mahkamah syariah terlebih dahulu sebelum mendaftarkan perkahwinan tersebut di pejabat agama.

Proses tersebut amat penting kerana tidak semua pernikahan yang dilangsungkan di luar negara adalah sah lebih-lebih lagi jika pernikahan tersebut menggunakan khidmat sindiket.

Terdahulu, Mingguan Malaysia menerusi ruangan Awang Selamat mendedahkan ada pihak sedang membuat persiapan untuk mencabar Jakim dan JPN di Mahkamah Sivil berhubung isu anak tidak sah taraf bagi pernikahan pasa­ngan Islam di luar negara yang kemudiannya tidak didaftarkan mengikut undang-undang Malaysia.

Asas tindakan itu didakwa kerana anak tidak sah taraf berkenaan menanggung aib dan kesan psikologi sepanjang hayat akibat status ‘bin atau binti Abdullah’ atau ‘tanpa bin’ yang diberikan JPN pada sijil lahir mereka.

Bagi kes yang sebegini, sekiranya pasangan tersebut hanya mengemukakan surat perkahwinan di luar negara seperti Selatan Thailand, maka pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak akan mencatat nama bapa atau ayah, sebaliknya meletakkan status bin atau binti abdullah atau mana-mana Nama Allah (Asma Ul Husna) dalam sijil kelahiran anak tersebut.

Namun sekiranya pasangan tersebut boleh mengemukakan surat perakuan daripada Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk (KPNCR) atau pihak Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-negeri (JKSN) selaku pihak berkuasa agama Malaysia yang mengesahkan perkahwinan tersebut, maka pihak JPN akan mencatat semula nama bapa atau ayah sebenar anak tersebut pada sijil kelahirannya.

Berhubung dengan status “Anak Sah Taraf”, semua fatwa negeri-negeri di seluruh Malaysia (kecuali Perlis) dan semua enakmen negeri-negeri termasuk Perlis berpegang kepada prinsip yang sama iaitu anak yang lahir mencukupi enam (6) bulan qamariah sahaja yang akan dikira sebagai “Anak Sah Taraf”.

Prosedur Daftar Nikah Yang Dilangsungkan Di Luar Negara Tanpa Kebenaran

  1. Pemohon hendak hadir ke Mahkamah Syariah untuk mendapat pengesahan pernikahan dan perintah daftar pernikahan.
  2. Setelah mendapat perintah daftar daripada Mahkamah Syariah, pemohon hendaklah hadir ke Jabatan Agama untuk proses pendaftaran nikah.
  3. Jika di Wilayah Persekutuan, pemohon hendaklah hadir ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI dan mengisi Borang Permohonan Pendaftaran Pernikahan Luar Negara.
  4. Dokumen yang perlu dilampirkan:
    i. Kad Pengenalan atau pasport (bukan warganegara) suami isteri (asal dan salinan)
    ii. Perintah daftar pernikahan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.
    iii. Salinan Surat Perakuan Nikah yang dikeluarkan negara berkenaan.
    iv. Surat Perakuan Cerai asal (jika duda atau janda)
    v. Maklumat daripada Pegawai Penguatkuasa (Borang 5) daripada Bahagian Penguatkuasaan
  5. Hadir bersama pasangan pada tarikh yang ditetapkan untuk proses soal selidik, bacaan ta’liq dan pendaftaran.

Untuk mendapatkan maklumat lengkap berkaitan permohonan nikah dan pendaftaran, sila klik link di bawah:

GARIS PANDUAN PERMOHONAN &PENDAFTARAN PERKAHWINAN, PERCERAIAN DAN RUJU’ DI LUAR NEGARA

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s