5773 Individu Di Dakwa Atas Kesalahan Judi Dalam Tempoh 2012 Hingga 2016 – Jamil Khir

KUALA LUMPUR 26 Julai 2017: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom menyatakan bahawa seramai 5773 individu beragama Islam telah di tangkap dan di dakwa di mahkamah syariah seluruh Malaysia kerana berjudi di tempat awam sepanjang tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2012 hingga tahun 2016.

Statistik tersebut dibentangkan semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dato’ Johari Bin Abdul sewaktu sidang Kamar Khas Parlimen pada 26 Julai 2017.

Terdahulu, Ahli Parlimen Sungai Petani mempersoalkan tindakan yang boleh di ambil oleh pegawai agama termasuk mufti khususnya di negeri Kedah berikutan lambakan premis judi tidak berlesen di daerah tersebut.

Tambah membimbangkan, 90 peratus pengunjung dan pemain judi ini adalah orang Melayu Islam yang terdiri dari pegawai kerajaan, guru-guru, ahli perniagaan, petani dan murid-murid sekolah.

Mengulas isu tersebut, Dato’ Seri Jamil Khir memaklumkan bahawa kesalahan judi termaktub dalam senarai kesalahan jenayah syariah di setiap negeri di Malaysia.

Namun begitu, Kerajaan Persekutuan sentiasa memandang serius dan peka terhadap permasalahan ini dengan menyelaraskan tindakan penguatkuasaan melalui Bahagian Penyelarasan Undang- Undang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terhadap kes-kes perjudian melalui peruntukan yang sedia ada dengan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.

Menurut peruntukan di setiap negeri, orang Islam adalah dilarang keras berjudi atau berada di premis judi sama ada aktiviti perjudian itu mempunyai lesen ataupun tidak.

Seksyen 18, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559] memperuntukkan:

“Mana-mana orang yang berjudi atau didapati berada di rumah judi adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau di penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.”

Menurut beliau, bagi membendung masalah ini daripada terus berlaku di kalangan masyarakat Islam, penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan secara berterusan bagi menyelamatkan umat Islam supaya tidak terbabit dengan kesalahan judi.

“Mekanisme pencegahan secara rutin dilaksanakan bagi mencegah kes perjudian dengan rondaan harian juga kerap
dilaksanakan mengikut premis perjudian terutamanya sekitar premis TOTO, Magnum dan sebagainya. Jika didapati mereka berada di premis judi pemeriksaan dan siasatan terhadap suspek akan dilaksanakan.”

Pada masa yang sama, masyarakat Islam dari pelbagai pihak yang mengetahui wujudnya aktiviti perjudian ini diminta
untuk melaporkan kepada pihak berkuasa khususnya pihak berkuasa tempatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa agama.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: