Status Anak Tak Sah Taraf Hasil Perkahwinan Di Luar Negara

Kebelakangan ini, isu anak tidak sah taraf menjadi perbualan hangat dikalangan rakyat Malaysia.

Ia bermula apabila mahkamah rayuan membenarkan anak tak sah taraf dibinkan kepada bapanya walaupun dilahirkan kurang 6 bulan qamariah dari tarikh perkahwinan ibubapanya sepertimana digariskan dalam hukum syarak.

Mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Malaysia (JPN), anak yang lahir bagi kes pernikahan pasangan Islam di luar negara (kebanyakannya berkahwin di Thailand) juga diklasifikasikan sebagai anak tak sah taraf selagimana pasangan tersebut tidak mendaftarkan perkahwinan mereka dibawah peruntukkan undang-undang di Malaysia.

Pernikahan di luar negara perlu disahkan di mahkamah syariah

Setiap pasangan yang bernikah di luar negara mesti mendapatkan pengesahan nikah di mahkamah syariah terlebih dahulu sebelum mendaftarkan perkahwinan tersebut di pejabat agama.

Proses tersebut amat penting kerana tidak semua pernikahan yang dilangsungkan di luar negara adalah sah lebih-lebih lagi jika pernikahan tersebut menggunakan khidmat sindiket.

Kebanyakan pasangan beranggapan hubungan mereka sudah halal setelah diijabkabul dan tidak mahu bersusah payah ke mahkamah syariah untuk mengesahkan nikah mereka.

Kebiasaannya mereka akan terus menjalani kehidupan bersama seperti pasangan lain.

Apabila anak mereka dilahirkan, masalah akan mula timbul ketika mahu mendaftarkan kelahiran anak tersebut.

Bagi kes yang sebegini, sekiranya pasangan tersebut hanya mengemukakan surat perkahwinan di luar negara seperti Selatan Thailand, maka pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak akan mencatat nama bapa atau ayah, sebaliknya meletakkan status bin atau binti abdullah atau mana-mana Nama Allah (Asma Ul Husna) dalam sijil kelahiran anak tersebut.

Nama bapa akan dicatat setelah pernikahan disahkan

Isu ini boleh diselesaikan dengan mudah seandainya pasangan tersebut mengikut undang-undang yang digariskan.

Pihak JPN akan mencatat semula nama bapa atau ayah sebenar anak tersebut pada sijil kelahiran sekiranya pasangan tersebut boleh mengemukakan surat perakuan daripada Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk (KPNCR) atau pihak Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-negeri (JKSN) selaku pihak berkuasa agama Malaysia yang mengesahkan perkahwinan tersebut.

Seandainya pernikahan tersebut tidak sah, perkahwinan mereka akan difaraqkan dan anak tersebut kekal dengan berbin/bintikan “Abdullah”.

******************************

Prosedur Daftar Nikah Yang Dilangsungkan Di Luar Negara Tanpa Kebenaran.

1. Pemohon hendak hadir ke Mahkamah Syariah untuk mendapat pengesahan pernikahan dan perintah daftar pernikahan.

2. Setelah mendapat perintah daftar daripada Mahkamah Syariah, pemohon hendaklah hadir ke Jabatan Agama untuk proses pendaftaran nikah.

3. Jika di Wilayah Persekutuan, pemohon hendaklah hadir ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI dan mengisi Borang Permohonan Pendaftaran Pernikahan Luar Negara.

4. Dokumen yang perlu dilampirkan:

  • Kad Pengenalan atau pasport (bukan warganegara) suami isteri (asal dan salinan.
  • Perintah daftar pernikahan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.
  • Salinan Surat Perakuan Nikah yang dikeluarkan negara berkenaan.
  • Surat Perakuan Cerai asal (jika duda atau janda)
  • Maklumat daripada Pegawai Penguatkuasa (Borang 5) daripada Bahagian Penguatkuasaan

5. Hadir bersama pasangan pada tarikh yang ditetapkan untuk proses soal selidik, bacaan ta’liq dan pendaftaran.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s