Wartakan Fatwa Atau Pinda Enakmen/Akta – Dr. Shamrahayu

KUALA LUMPUR, 1 Ogos 2017:​ Prof Madya Dr. Shamrahayu A. Aziz hari ini mencadangkang agar fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatan kuasa Fatwa Kebangsaan diwartakan di setiap negeri untuk memberi kesan kepada undang-undang.

Selain mewartakan fatwa tersebut, beliau turut mencadangkan supaya semua negeri meminda enakmen/akta negeri masing-masing dengan memasukkan peruntukan berkaitan penasaban anak tak sah taraf.

Dua cadangan tersebut dilontarkan sewaktu mengulas tajuk ‘Keputusan Kes Berkaitan Jabatan Pendaftaran Negara dan Pendaftaran Anak Tak Sah Taraf‘ di Ikim.fm dalam segmen “Islam dan Perundangan”.

Mengulas isu tersebut, beliau bersetuju dengan keputusan mahkamah rayuan yang menyatakan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak terikat dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatan kuasa Fatwa Kebangsaan.

Ini berikutan fatwa tersebut tidak diwartakan di negeri- negeri khususnya di negeri Johor dan JPN tidak dapat menggunakan fatwa tersebut untuk berhujah di mahkamah.

Beliau yang juga merupakan Pensyarah Kuliyyah Undang- undang UIAM berpendapat, isu penasaban anak tak sah taraf merupakan bidang kuasa kerajaan negeri kerana ia bersangkutan dengan hal ehwal peribadi umat Islam.

Untuk itu, tiada mana-mana undang-undang di peringkat persekutuan yang dapat mengatasi undang-undang negeri kerana semua urusan hal ehwal peribadi umat Islam yang meliputi urusan perwarisan, perkahwinan, penasaban dan lain-lain merupakan bidang kuasa negeri sebagaimana dinyatakan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menggesa agar pihak pelaksana yang terlibat secara langsung dalam isu ini segera bertindak bagi memelihara kesucian agama Islam dan hukum syarak.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: