Hormati Keputusan Mahkamah Persekutuan: Pendakwa Syarie WP Tarik Balik Dakwaan ke atas Kassim Ahmad

Putrajaya, 8 Ogos 2017: Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan semalam telah menarik balik tuduhan ke atas Kassim Ahmad atas semua pertuduhan di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 7 Mac 2017 yang memutuskan bahawa penangkapan Kassim Ahmad oleh Penguatkuasa Agama negeri Kedah tidak mengikut prosedur yang sah.

Menurut mahkamah, Kassim Ahmad yang menetap di Kulim, Kedah tidak terikat dengan fatwa yang dikeluarkan di Wilayah Persekutuan.

Untuk rekod, Kassim Ahmad menghadapi tiga tuduhan menghina Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama sewaktu beliau memberi ceramah di Yayasan Perdana Global pada 16 Februari 2014 di Putrajaya.

Susulan keputusan mahkamah persekutuan tersebut, peguam Kassim Ahmad telah menghantar surat peringatan kepada Pendakwa Syarie WP supaya menarik balik tuduhan kerana mahkamah persekutuan telah membuat keputusan penangkapan tidak sah.

Mereka menegaskan sekiranya pendakwa tidak menggugurkan tuduhan di mahkamah syariah, mereka akan memulakan prosiding menghina perintah mahkamah terhadap pendakwa syarie dan Jawi.

Sekiranya itu berlaku, peguam persekutuan di Jabatan Peguam Negara tidak akan mewakili pendakwa syarie dalam prosiding tersebut bagi pihak kerajaan.

Bagi menghormati keputusan mahkamah persekutuan, pendakwa syarie bersetuju untuk menggugurkan semua tuduhan di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s