SARAJUN HODA MAHU HAPUS KUASA RAJA DAN SULTAN

Kelantangan bekas Timbalan Pengerusi BERSIH, Sarajun Hoda yang mendesak supaya Institusi Mahkamah Syariah dihapuskan adalah merupakan satu penghinaan kepada Raja dan Sultan Melayu. Sarajun Hoda di dalam status facebook peribadi miliknya jelas mahu mahkamah syariah dihapuskan hanya kerana dendam kesumat terhadap kerajaan dan institusi  agama Islam itu sendiri. Beliau mahu agensi agama di Malaysia hanya... Continue Reading →

Advertisements

Hormati Keputusan Mahkamah Persekutuan: Pendakwa Syarie WP Tarik Balik Dakwaan ke atas Kassim Ahmad

Putrajaya, 8 Ogos 2017: Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan semalam telah menarik balik tuduhan ke atas Kassim Ahmad atas semua pertuduhan di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya. Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 7 Mac 2017 yang memutuskan bahawa penangkapan Kassim Ahmad oleh Penguatkuasa Agama negeri Kedah tidak mengikut prosedur yang sah. Menurut mahkamah, Kassim Ahmad yang menetap di... Continue Reading →

Bacaan Kali Kedua Pindaan Akta 164 Di Tarik Balik – Azalina

KUALA LUMPUR, 8 Ogos 2017 –Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said mengumumkan di Dewan Rakyat hari ini bahawa kerajaan bertindak menarik balik Rang Undang-undang (RUU) Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) ketika ia berada di peringkat bacaan kedua. Namun, alasan penarikan tersebut tidak dinyatakan secara jelas dan RUU berkenaan disenaraikan pada... Continue Reading →

JAWI Pantau Aktiviti Judi Setiap Minggu

​ KUALA LUMPUR, 7 Ogos 2017: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) melaksanakan pemantauan secara mingguan bagi membanteras aktiviti perjudian nombor ramalan atau nombor ekor. Pengarahnya, Abdul Aziz Jusoh berkata, sebagai agensi penguatkuasaan agama, pihaknya memberi perhatian serius terhadap permasalahan dan sentiasa komited dalam memastikan segala kegiatan tidak bermoral dapat dibendung lebih awal. “Selain menerima aduan daripada... Continue Reading →

Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah (JKMMS)

Kuala Lumpur, 4 Ogos 2017: Kerajaan hari ini bersetuju untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Khas di peringkat kebangsaan yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah (JKMMS). Keputusan tersebut diumumkan oleh Dato' Seri Jamil Khir Baharom menerusi satu kenyataan media sejurus mendapat persetujuan dari Mesyuarat Jemaah Menteri. Menurut beliau, tujuan utama jawatankuasa tersebut ditubuhkan adalah untuk memperkasakan... Continue Reading →

Wartakan Fatwa Atau Pinda Enakmen/Akta – Dr. Shamrahayu

KUALA LUMPUR, 1 Ogos 2017:​ Prof Madya Dr. Shamrahayu A. Aziz hari ini mencadangkang agar fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatan kuasa Fatwa Kebangsaan diwartakan di setiap negeri untuk memberi kesan kepada undang-undang. Selain mewartakan fatwa tersebut, beliau turut mencadangkan supaya semua negeri meminda enakmen/akta negeri masing-masing dengan memasukkan peruntukan berkaitan penasaban anak tak sah taraf.... Continue Reading →

Powered by WordPress.com.

Up ↑