Tatacara Penceraian Secara Persetujuan Bersama/Secara Baik

Kes cerai secara baik atau cerai dalam Mahkamah boleh dikatakan merupakan jenis kes syariah yang paling banyak difailkan di Mahkamah-Mahkamah Syariah seluruh Malaysia. Kes ini melibatkan pasangan yang masih berkahwin tetapi berniat untuk bercerai, di mana suami dan/atau isteri ingin talaq dilafazkan di dalam Mahkamah. Sememangnya sekiranya ingin bercerai, Enakmen negeri masing-masing mengkehendaki perceraian dibuat... Continue Reading →

Advertisements

FUNGSI BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM) DALAM MEMPERKUKUH INSTITUSI KEKELUARGAAN

Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) ditubuhkan susulan desakan daripada masyarakat khususnya daripada Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) supaya suatu tindakan yang lebih proaktif dan efektif dilaksanakan ke atas individu yang ingkar mematuhi perintah mahkamah. Y.A.B Perdana Menteri pada 7 Jun 2007 di dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam... Continue Reading →

Hanya 96 Orang Di Penjara Kerana Gagal Patuhi Perintah Nafkah

Isu pengabaian perintah nafkah kepada anak-anak telah menjadi isu nasional sejak sekian lama. Pihak kerajaan memandang serius perkara ini dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah diamanahkan untuk mencari jalan penyelesaian. Salah satu usaha yang dibuat adalah menubuhkan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) yang berperanan melaksanakan pengurusan pentadbiran yang berkaitan dengan pengurusan dana serta penguatkuasaan dan... Continue Reading →

Hibah (Pemberian)

  Hibah bermaksud pemberian semasa hidup sesuatu harta alih atau tidak alih kepada penerima hibah secara rela hati di atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengharapkan balasan. Manakala dari segi syarak, Hibah adalah “memberi milik sesuatu barang kepada seseorang yang mana barang itu sah untuk dijual atau di beri hutang, oleh ahli tabarru’ dengan tidak... Continue Reading →

PROSEDUR TANGKAPAN KHALWAT

Sebelum kesalahan khalwat disabitkan, terdapat beberapa prosedur yang mesti diikuti oleh pihak yang berkuasa. Apa yang dimaksudkan di sini ialah terdapat beberapa prosedur tangkapan khalwat yang harus diikuti. Sebagai contoh mendapatkan maklumat daripada pemberi maklumat tentang orang yang membuat kesalahan khalwat, tatacara menjalankan siasatan dan sebagainya. “ketua operasi” ertinya seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu operasi... Continue Reading →

KADAR MUTAAH: BAGAIMANAKAH MAHKAMAH MEMUTUSKANNYA DI MALAYSIA?

Peruntukan Undang-Undang Berkenaan Kadar Mutaah Peruntukan seksyen 58 Enakmen undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 merupakan satu-satunya peruntukan berkaitan mutaah atau pemberian saguhati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut. Peruntukan berkenaan hanya menyatakan hak isteri yang diceraikan terhadap mut’ah atau pemberian saguhati daripada suaminya. Bagaimanapun kadar mutaah atau pembayaran tersebut tidak dinyatakan secara khusus... Continue Reading →

Harta Sepencarian di Mahkamah Syariah

Pada dasarnya, konsep harta sepencarian tidak dibincangkan secara khusus oleh para ulama’. Malah tidak ada sebarang dalil nas yang jelas berkaitannya. Namun para ulama’ telah memberi pelbagai pandangan dalam membicarakan tentang harta sepencarian. Ada yang menyebut ia sebagai “Mata’ al-Bayt” iaitu perkakasan rumah dan ada yang menyebut sebagai “Mal al-Zawjayn” yang bermaksud harta suami isteri.... Continue Reading →

Powered by WordPress.com.

Up ↑