Hanya 96 Orang Di Penjara Kerana Gagal Patuhi Perintah Nafkah

Isu pengabaian perintah nafkah kepada anak-anak telah menjadi isu nasional sejak sekian lama. Pihak kerajaan memandang serius perkara ini dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah diamanahkan untuk mencari jalan penyelesaian. Salah satu usaha yang dibuat adalah menubuhkan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) yang berperanan melaksanakan pengurusan pentadbiran yang berkaitan dengan pengurusan dana serta penguatkuasaan dan... Continue Reading →

Advertisements

Anggapan Kematian (al-Mafqud)

  Al-mafqud merujuk seseorang yang hilang daripada tempat asalnya dalam tempoh yang lama sehingga terputus berita mengenainya dan tidak diketahui sama ada dia masih hidup ataupun sudah meninggal dunia. Ianya sering dibincangkan dalam tajuk pembahagian harta pusaka atau pembubaran perkahwinan. Dari segi bahasa, al-mafqud bermaksud orang yang hilang. Dari segi istilah pula, al-mafqud boleh ditakrifkan sebagai... Continue Reading →

Hibah (Pemberian)

  Hibah bermaksud pemberian semasa hidup sesuatu harta alih atau tidak alih kepada penerima hibah secara rela hati di atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengharapkan balasan. Manakala dari segi syarak, Hibah adalah “memberi milik sesuatu barang kepada seseorang yang mana barang itu sah untuk dijual atau di beri hutang, oleh ahli tabarru’ dengan tidak... Continue Reading →

PROSEDUR TANGKAPAN KHALWAT

Sebelum kesalahan khalwat disabitkan, terdapat beberapa prosedur yang mesti diikuti oleh pihak yang berkuasa. Apa yang dimaksudkan di sini ialah terdapat beberapa prosedur tangkapan khalwat yang harus diikuti. Sebagai contoh mendapatkan maklumat daripada pemberi maklumat tentang orang yang membuat kesalahan khalwat, tatacara menjalankan siasatan dan sebagainya. “ketua operasi” ertinya seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu operasi... Continue Reading →

KADAR MUTAAH: BAGAIMANAKAH MAHKAMAH MEMUTUSKANNYA DI MALAYSIA?

Peruntukan Undang-Undang Berkenaan Kadar Mutaah Peruntukan seksyen 58 Enakmen undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 merupakan satu-satunya peruntukan berkaitan mutaah atau pemberian saguhati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut. Peruntukan berkenaan hanya menyatakan hak isteri yang diceraikan terhadap mut’ah atau pemberian saguhati daripada suaminya. Bagaimanapun kadar mutaah atau pembayaran tersebut tidak dinyatakan secara khusus... Continue Reading →

Harta Sepencarian di Mahkamah Syariah

Pada dasarnya, konsep harta sepencarian tidak dibincangkan secara khusus oleh para ulama’. Malah tidak ada sebarang dalil nas yang jelas berkaitannya. Namun para ulama’ telah memberi pelbagai pandangan dalam membicarakan tentang harta sepencarian. Ada yang menyebut ia sebagai “Mata’ al-Bayt” iaitu perkakasan rumah dan ada yang menyebut sebagai “Mal al-Zawjayn” yang bermaksud harta suami isteri.... Continue Reading →

Powered by WordPress.com.

Up ↑